Stories shared from my books; my insights and my reviews of reading materials I have read and personally experienced and would recommend
Wednesday, July 22, 2009
Kasanova oleh Meor Shariman
Sebuah novel yang bertemakan kisah cinta; seperti yang dijumpai di dalam kebanyakan novel Melayu yang pernah dibaca and dimiliki.
Cerita bermula dari kisah seorang gadis bernama Zuraida yang baru tamat pengajiannya dalam bidang komunikasi dari universiti dan sedang menghabiskan masa di bandaraya sementara tinggal bersama kakaknya yang seorang.
Zuraida seorang gadis yang kuat imamnya dan berdikari; namun sepertimana gadis biasa, dia juga turut mempunyai fantasi terhadap bakal teman hidupnya yang dibayangkan bagai seorang putera.
Diperkenalkan pula Eddie, model lelaki berbangsa kacukan yang amat tampan dan bergaya; yang mampu menawan hati setiap gadis yang ditemuinya. Eddie memang bangga dengan rupa warasnya dan tidak pernah keraguan untuk menggunakannya dalam memenangi hati dan tubuh setiap gadis yang diminatinya.
Sebagai seorang yang optimis dan bebas pendiriannya, Eddie tidak mementingkan komitmen dan cuma menggunakan gadis-gadis yang ditawannya untuk memuaskan nafsunya sahaja di mana gadis-gadis tersebut akan ditinggalkan dan disisihkan selepas mencapai matlamatnya.
Rozana merupakan seorang gadis yang pendiam dan konservatif; namun dia tewas di tangan Eddie dan kehilangan maruah tubuhnya apabila dia tertipu dengan janji manis Eddie dan menyerahkan tubuhnya kepada lelaki tersebut; justeru meragut maruahnya sekali. Rozana masih menagih cinta daripada lelaki yang disangkanya bakal menjadi suami tercinta tidak dapat menerima apabila perangai lelaki tersebut berubah dalam sekelip mata selepas asmara pada malam tersebut.
Rozana terus merayu kepada Eddie supaya kembali kepadanya; namun dihina berkali-kali sehinggakan gadis tersebut merana dan di kala itu, Rozana merancang untuk membalas dendam terhadap lelaki itu; dan bersumpah akan membuatkannya lebih sengsara daripada kepahitan yang dialaminya.
Eddie yang memang tak berbelas kasihan akhirnya menemui nasibnya apabila mengenali Zuraida; gadis yang menyebabkan Eddie jatuh cinta buat kali pertama dan pada pandangan pertama apabila mereka bertemu.
Eddie mencuba sedaya upaya untuk menawan hati tersebut dan tidak kecewa apabila Zuraida turut membalas cintanya.
Namun, ketika cinta mereka tengah berputik, Rozana pula muncul dan menceritakan kisah kasanova Eddie yang membuatkan Zuraida jijik dengan perbuatan Eddie; sekaligus membaling segala kebaikannya keluar daripada hatinya.
Eddie amat dukacita dengan perubahan Zuraida dan cuba dengan payah untuk memenangi kepercayaan dan cinta gadis idamannya itu.
Akhirnya, Zuraida menerimanya apabila Rozana yang enggan melihat Eddie dan Zuraida yang tidak bersalah merana semata-mata untuk memuaskan dendamnya dan dia yang membantu dalam mengeratkan hubungan mereka ke atas pelamin di mana mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah manakala Rozana pula menemui teman hidupnya.
Cerita ini memang sebuah kisah cinta yang tak lari daripada plot yang biasa tapi cukup romantis untuk menambat hati pembaca.
Lagipun, apalah salahnya untuk ditawan oleh sebuah lagi kisah dramatis tentang kuasa cinta yang begitu agung dan mampu mencairkan hati setiap peminat kisah cinta, bukankah begitu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment